Penutupan lorong susur masuk Restoran Jejantas Sungai Buloh

oleh SALINA JALIL|
Plus Malaysia telah memuatnaik pesanan di laman Facebook mereka tentang penutupan lorong kiri susur masuk ke Restoran Jejantas Sungai Buloh (arah selatan) bagi kerja-kerja pembaikan struktur bumbung.

 

Penutupan sementara tersebut bermula dari hari ini (4 Oktober) sehingga 22 Oktober 2019.  Pengguna lebuh raya tersebut dinasihatkan supaya  mematuhi segala arahan petugas lalu lintas dan sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi jarak dan had kelajuan pemanduan.

 

 

Plus turut mengucapkan terima kasih dan menghargai kerjasama serta perhatian dari pengguna lebuh raya serta kesabaran sepanjang tempoh penutupan sementara ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut PLUS, peningkatan trafik dijangka berlaku bermula 22 Mei hingga 7 Jun 2026 di seluruh…
Informasi
Di Lebuhraya SPRINT, jalan susur ke Jalan Kayu Ara (arah Damansara), bertentangan Petronas NGV akan…
Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…