Penutupan lorong kiri dan kecemasan di lebuh raya ELITE (KMP2.2 hingga KMP2.0) arah utara selama sebulan

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan penutupan dua lorong bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.


Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuhraya ELITE di KMP2.2 hingga KMP2.0 (Arah Utara) di Lingkaran Putrajaya akan ditutup selama sebulan kepada semua kenderaan mulai jam 10:00 malam, 21 Februari (Ahad) sehingga Isnin, jam 5:00 pagi pada 22 Mac 2021 akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.


Justeru, pengguna yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. 


Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.


Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.


PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…