Penutupan lorong di lebuh raya ELITE, KM26.6 hingga KM26.46 (Arah Utara)

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan penutupan lorong di antara Persimpangan Bertingkat Gamuda Cove-Putrajaya di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).


Sehubungan itu, lorong kiri dan lorong kecemasan di KM26.6 hingga KM26.46 (Arah Utara) di laluan tersebut akan ditutup kepada semua kenderaan mulai jam 10:00 malam, 22 Julai hingga 25 Julai 2020.


Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kesesakan di laluan tersebut, trafik arah ke utara akan dilencongkan ke Plaza Tol Gamuda Cove. Orang ramai boleh memasuki semula ke lebuh raya selepas membuat pusingan-U di Plaza Tol Gamuda Cove untuk meneruskan perjalanan ke utara dengan lebih lancar.

 

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papantanda lalu lintas dan arahan yang disediakan oleh pihak PLUS.

 

PLUS turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pelanggan lebuh raya sekaligus memastikan aliran trafik lancar ketika kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…