Penutupan jalan ini dilaporkan di akaun Twiter @MexTraffic yang menyatakan bahawa penutupan laluan ini akan bermula pada 5 pagi sehingga 3 petang di kesemua 12 jalan keluar dan 6 persimpangan iaitu Bulatan Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil, Seri Kembangan dan Putrajaya.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan mereka serta mengikut papan tanda yang disediakan.