Penutupan Jalan Klang ke Meru dilanjutkan sehingga 24 Jun ini

oleh SALINA JALIL|
Penutupan sepenuhnya jalan Klang ke Meru dilanjutkan sehingga 24 Jun ini bagi membolehkan kerja pembersihan kerangka keluli projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Batu 2, Jalan Meru, di sini.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penutupan jalan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Laluan dari Klang menuju ke Meru masih lagi ditutup sepenuhnya selama tiga hari, sehingga 24 Jun bagi menyelesaikan kerja pembersihan dan kenderaan dilencongkan masuk ke Jalan Sentosa 41," katanya.

 

Rabu lalu, pihak media telah melaporkan kegagalan struktur kerangka itu ketika kerja menuang konkrit dalam projek pembinaan LRT3 di sini dipercayai menyebabkan struktur itu bengkok.

 

Nurulhuda bagaimanapun, berkata kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa malah tiada kerosakan harta benda awam berlaku, hanya kerosakan peralatan pembinaan sahaja dilaporkan.

 

Susulan kejadian itu katanya, beberapa lencongan dan penutupan jalan bagi kerja pembersihan di lokasi terbabit dibuat selama lima hari sehingga 21 Jun.

 

"Jalan Meru ditutup dari arah Pusat Bandar ke Meru. Orang awam boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Meru - Jalan Sentosa 41 - Jalan Meru.

 

"Jalan Kedah (susur ke Jalan Meru) juga ditutup, orang awam boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kedah - Jalan Meru (arah ke Pusat Bandar Klang)," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…