Penutupan enam hari di lorong perlahan dan kecemasan di Lebuhraya ELITE (arah selatan)

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan usaha untuk menaiktaraf tahap keselamatan di antara Persimpangan Bertingkat Putrajaya-Gamuda Cove di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sehubungan itu, lorong perlahan dan lorong kecemasan di KM23.14 hingga KM24.21 (Arah Selatan) di laluan tersebut akan ditutup kepada semua kenderaan mulai 12 Julai (Sabtu lalu) hingga 17 Julai 2020.

 

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

 

Walau bagaimanapun, orang ramai boleh menggunakan jalan susur ke R&R Dengkil (Arah Selatan) sebagai laluan alternatif yang lebih lancar untuk meneruskan perjalanan ke selatan, sekiranya berlaku kesesakan di laluan tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papantanda lalu lintas dan arahan yang disediakan oleh pihak PLUS.

 

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pelanggan lebuh raya sekaligus memastikan aliran trafik lancar ketika kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.…