Penutupan berkala laluan, lencongan trafik di lebuhraya PLUS, SPRINT bagi kerja-kerja LRT3

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Penutupan berkala laluan dan lencongan trafik akan dilaksana di Lebuhraya PLUS dan SPRINT bermula Khamis ini (18 Julai) hingga 31 Julai bagi memudahkan kerja-kerja berkaitan projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3.

Kontraktor utama projek LRT3 iaitu Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan dan lencongan itu akan dilakukan pada Isnin hingga Sabtu dari 11 malam hingga 5 pagi.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

Di Lebuhraya SPRINT, jalan susur ke Jalan Kayu Ara (arah Damansara), bertentangan Petronas NGV akan ditutup secara berkala.

Penutupan berkala laluan di Lebuhraya PLUS membabitkan pemandu kenderaan dari arah Damansara menghala Lebuhraya SPRINT dan Jalan Kayu Ara bermula dari Kedai Hardware ke jalan bertentangan dengan Petronas.

“Penutupan itu akan berlaku di lorong perlahan dan tengah atau lorong laju dengan hanya satu penutupan dilaksanakan pada satu-satu masa.

“Pengguna lebuh raya adalah dinasihatkan untuk mengikut papan tanda lencongan. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 di 1-800-18-2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, untuk pertanyaan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  "Lencongan sementara ini adalah bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan…
Berita Domestik
  Lencongan itu bermula dengan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH 720 dari Jakarta,…
Informasi
  "PLUS sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan…