Penutupan 3 Stesen LRT Laluan Sri Petaling pada 9, 16 & 23 Jun

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, Prasarana Malaysia Berhad telah menyenaraikan tiga buah stesen LRT Laluan Sri Petaling bakal ditutup sementara dari 6.00 pagi sehingga 9.00 pagi pada tarikh 9, 16 dan 23 Jun untuk kerja-kerja naik taraf landasan. 

Stesen yang dimaksudkan adalah: 

  • LRT Bandaraya
  • LRT Sultan Ismail
  • LRT PWTC

Untuk tempoh yang ditetapkan, tren dari Ampang dan Putra Heights akan berakhir di Stesen LRT Bandaraya, manakala tren dari Sentul Timur akan berakhir di Stesen LRT PWTC. 

Perkhidmatan bas percuma akan disediakan antara stesen LRT Bandaraya dan LRT PWTC dengan kekerapan 15 minit bergantung kepada keadaan trafik. 

Manakala pengguna yang ingin ke stesen LRT Sultan Ismail dinasihat mendapatkan perkhidmatan bas percuma di stesen LRT Bandaraya atau stesen LRT PWTC.

Prasarana dalam kenyataan sama memaklumkan pada 9, 16 dan 20 Jun, sebahagian daripada Jalan Merpati yang terletak berdekatan stesen LRT Sultan Ismail akan ditutup dari jam 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi sebagai langkah keselamatan kerana terdapat peralatan berat digunakan untuk kerja naik taraf.

Penduduk sekitar Jalan Merpati dinasihatkan memarkir kenderaan mereka di kawasan letak kereta awam yang bertentangan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Kwok.

Pengguna boleh melayari laman sesawang www.myrapid.com.my atau berinteraksi dengan petugas MyRapid menerusi menerusi Facebook dan Twitter @Myrapid untuk maklumat lanjut. - Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Rapid KL dalam kenyataan berkata, bagaimanapun stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa,…