Penurapan jalan tiada kualiti dan tidak tahan lama punca kemalangan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sekurang-kurangnya lima kes kemalangan yang berpunca daripada infrastruktur atau jalan yang tidak diturap sempurna dilaporkan setiap hari di seluruh negara.


Ia antara aduan diterima Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 awal bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengasasnya Azlan Sani Zawawi berkata, antara punca dikenal pasti adalah penggunaan tar kurang berkualiti yang menyebabkan jalan pecah atau berlubang sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

 

Katanya, pihaknya juga menerima maklum balas daripada kontraktor mengenai perkara itu.

"Kita difahamkan bahan yang digunakan juga tidak sempurna akibat kuari yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

 

"Akibatnya pengguna menjadi mangsa apabila mengalami kecederaan. Keadaan ini perlu ditangani segera," katanya.

 

Azlan berkata, pihaknya merujuk Jabatan Kerja Raya di negeri berkaitan untuk meminta penjelasan dan dimaklumkan kontraktor juga masih menunggu kelulusan untuk kerja penyelenggaraan.

 

Sementara itu Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, pihaknya membuat pemantauan berkala bagi memastikan kerja penurapan dijalankan sebaik mungkin.

 

Bagaimanapun katanya, pihaknya mendapati ada antaranya yang tidak memenuhi kualiti dan tidak tahan lama.

 

"Pada masa ini, kementerian melihat serius isu ini dan saya sendiri turun padang bagi meninjau kerja berkaitan.

 

"Antara isunya ialah kekurangan pekerja teknikal untuk kerja ini.

 

"Tanggungjawab penyelenggaraan jalan persekutuan ini kebanyakannya kita bagi kepada syarikat konsesi dan kita akan minta mereka pastikan mereka melihat perkara ini," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…