Penunggang Y15ZR maut rempuh Myvi buat pusingan U di garisan berkembar

oleh Penyumbang Rencana 2|
Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di garisan berkembar di Kilometer 18.5, Jalan Melawi – Kuala Besut, menurut laporan Kosmo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mangsa, Shaiful Harbi Yusuff, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pendarahan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun sedang dalam perjalanan dari Tok Bali ke Pachakan di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai telah memberi isyarat untuk membuat pusingan U dengan membelok ke kanan.

“Pada masa sama, motosikal jenis Y15ZR yang ditunggang mangsa berada di arah sama telah merempuh sisi kanan bahagian pintu pemandu kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan Shaiful Harbi terjatuh di atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada kereta jenis Perodua Myvi yang membuat pusingan U di laluan garisan berkembar sebelum dirempuh motosikal mangsa.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di KM 68, Jalan Alor Setar-Butterworth…
Berita Domestik
  Menurutnya, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada…
Berita Domestik
Menurut posting pihak editorial di Instagram dan Facebook rasmi Careta, pusingan U yang terletak…