Penunggang S 1000 RR maut rempuh Axia

oleh Mohamad Hanif|
Seorang ahli perniagaan lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh kereta di Jalan Tun Kudu, di sini petang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa Norain Jazman, 44, yang menunggang motosikal jenis BMW S 1000 RR disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Perodua Axia yang dipandu oleh seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun secara tiba-tiba dirempuh di bahagian belakang.

“Siasatan mendapati kejadian kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia dari arah Ayer Keroh menghala ke Sungai Rambai dan tiba-tiba datang sebuah motosikal berkuasa tinggi terus melanggarnya di bahagian belakang sebelah kiri kereta itu.

“Kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak Pengkalan Jaya, di Jalan Tun Kudu dan siasatan di tempat kejadian turut mendapati jalan dua lorong dua hala, keadaan jalan baik, aliran trafik lancar dan cuaca juga baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, bagaimanapun pelajar perempuan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

“Pol 61 (arahan bedah siasat) dikeluarkan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya dan kenderaan terlibat akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Satu sumber mendedahkan, hasil tangkapan itu, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira…
Informasi
  Bagaimanapun katanya, sebarang perlumbaan haram adalah menjadi satu kesalahan.   “Mengadakan…