Penunggang OKU berjaya lengkapkan Kembara 1000 Selekoh

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berbekalkan semangat dan jati diri yang kuat, impian seorang yang kurang upaya (OKU) untuk melengkapkan cabaran Kembara 1000 Selekoh terbukti berjaya.

Mohd Yusnizal bin Mohd Yussof atau lebih mesra digelar Sony, 43 tahun berjaya menamatkan mencipta rekod Malaysia "The Fastest Single Handed Biker to Complete Thailand's 1000 Corner Route" selama 14 hari.

Tidak lengkap cabaran misi tanpa sebarang dugaan, dan itulah yang dihadapi oleh Sony di mana beliau didapati terbabit dalam kemalangan akibat cuba melintasi kawasan Chumpon yang ketika itu dilanda banjir. 
 


Memasuki kawasan Mae Hong Son, beliau sekali lagi mengalami kemalangan di mana tayar hadapan terlanggar lubang besar dan mengakibatkan motosikal beliau terbabas. 

Dalam keadaan cedera itu, perjalanan ke Mae Hong Son terpaksa diteruskan dan Sony kemudian mendapatkan rawatan lanjut di hospital. 

Misi kembara terpaksa berehat seketika di Mae Hong Song bagi memberikan laluan kepada Sony untuk pulih dan memperbaiki kerosakan motosikal beliau. 
 


19 Disember merupakan cabaran sebenar bagi mencipta rekod yang ditetapkan, dan Sony terpaksa mengharungi jarak sejauh 110 km dalam keadaan cuaca yang sejuk ditambah pula dengan kesulitan mengawal motosikal akibat kecederaan yang dialami sebelum ini. 

Dari Pai ke Chiang Mai, Sony berjaya singgah di Tourism Authority of Thailand bagi mendapatkan bukti daripada pegawai sebagai tanda berjaya menamatkan cubaan misi menghabiskan 1000 selekoh. 

Sebelum pulang ke Malaysia, Sony dan rakan-rakan sempat melawat Kedutaan besar Malaysia di Bangkok untuk menghadiri majlis makan tengah hari bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hanipa Maidin.
 


Dengan berakhirnya misi kembara 1000 selekoh pada 25 Disember lalu, Sony berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai di dunia ini walaupun dalam keadaan diri yang serba kekurangan. 

Tahniah dan syabas kepada anda, daripada kami di Careta. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
  Menurutnya, penunggang gig juga akan menerima pendapatan terjamin sehingga RM3,000 sebulan,…