Penunggang motosikal warga emas maut langgar jalan berlubang

oleh SALINA JALIL|
Lelaki warga emas maut selepas terjatuh akibat melanggar jalan berlubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini, hari ini.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Modenas

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima laporan pada 7.30 pagi.

 

"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri.

 

"Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Majoriti bahagian pesawat kecuali kokpit dan ekornya musnah selepas ia terhempas di sebuah…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa Norain Jazman, 44, yang menunggang motosikal…
Berita Global
  "Kebakaran itu melibatkan sebuah kereta dari jenis BMW 4M coupe dan bahagian depan rumah kedai.…