Penunggang motosikal warga emas mati dirempuh penganggur "high"

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang warga emas, Razali @ Nazaei Yaacob dari Kamoung Simpang 3, Ipoh meninggal dunia semalam selepas dirempuh oleh sebuah Perodua Kelisa yang disyakki dipandu oleh seorang penganggur lelaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Razali, 82 tahun, mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepala. Beliau dikatakan dalam perjalanan ke pasar Parit sebelum dilanggar oleh suspek yang sedang bergerak dari Tronoh sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Menurut OCPD Perak Tengah, Supt Barudin Wariso, hasil pemeriksaan mendapati pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pihak polis menjumpai dua bekas plastik jernih yang dipercayai mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Polis juga menjumpai alatan menghisap dadah di dalam kotak rokok suspek dan ujian urin juga mendapati ia positif dadah.

Suspek akan didakwa di mahkamah majistret Parit hari ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan lelaki itu yang boleh…
Berita Domestik
Katanya, polis turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki mengikut Seksyen…
Berita Domestik
Penahanan reman terhadap suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu bagi membolehkan siasatan…