Siasatan awal mendapati motosikal mangsa bergesel dengan kereta yang di hadapan sebelum mangsa terjatuh dari lebuh raya itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian menurut kenyataan pada Rabu.
Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih, di talian 017-7378704.
Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- salam takziah kepada keluarga mangsa -