Penunggang motosikal parah ditembak!

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki parah selepas terkena sekurang-kurangnya dua das tembakan ketika sedang menunggang motosikal di Kota Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata polis yang menerima aduan awam mengenai kejadian jam 8.40 malam itu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan, namun hanya menemui motosikal mangsa yang dipercayai terbabas selepas ditembak suspek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an berjaya melarikan diri dan meminta bantuan seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan berhampiran.

 

"Mangsa yang cedera di bahagian dada sebelah kiri dan lengan kiri dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya dalam kenyataan hari ini (Khamis)

 

Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Asisten Superintendan Mohd Maliki Bin Ariffin di talian 013-8308485.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…