Penunggang motosikal maut rempuh lembu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang pemuda maut akibat motosikal yang ditunggangnya telah merempuh seekor lembu yang berada di atas Jalan Lapangan Terbang Subang awal pagi tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan dari New Straits Times, kejadian tersebut berlaku sewaktu jam 4 am semasa pemuda berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu melalui jalan berdekatan pintu masuk Pangkalan Udara Polis Subang.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemuda yang dirahsiakan identitinya itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Dalam kenyataannya beliau berkata, “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala lembu itu terselamat daripada impak."

“Polis menggesa sesiapa yang melihat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.”

Menurutnya juga, saksi yang mempunyai maklumat juga boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A. Aziz di talian 011-32311232.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…