Penunggang motosikal maut, kepala terkena batu tanah runtuh

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Berita Harian
Seorang lelaki maut selepas terkena batu yang terjatuh dari lereng bukit di kepala sebelum motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 35.4 Jalan Tranum ke Bukit Fraser di Raub, Sabtu lalu.


Kejadian jam 3.10 petang itu berlaku ketika mangsa Nor Eaffendi Mohamad Samsi, 51, yang turut membonceng isterinya, Asfalillah Abu Hassan, 39, berkonvoi motosikal bersama 30 rakan dari Johor Bahru ke negeri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mangsa bersama rombongan konvoi motosikal itu bergerak dari Johor Bahru Jumaat lalu.

 

"Mereka menginap di Jerantut sebelum meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan singgah ke Bukit Fraser sebelum kejadian berlaku.

"Menurut isteri mangsa, kejadian berlaku dengan pantas, dia hanya terdengar bunyi hentakan kuat di kepala suami motosikal mereka terbabas ke bahagian kanan jalan," katanya ketika dihubungi.

 

Kama Azural berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia, manakala isterinya cedera ringan.

 

Katanya, mayat mangsa dihantar ke forensik Hospital Raub untuk bedah siasat dan disahkan negatif Covid-19.

 

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat pendarahan di otak dengan tempurung kepala retak," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata…
Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…