Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di LPT

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan pada Jumaat.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, mangsa dikenali Muhammad Mustaqim Noor Azhar, 21, beralamat Taman Hijau, Karak Bentong.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.17 petang mengenai kejadian tersebut.

 

"Enam anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

 

"Sebaik tiba di lokasi terdapat pokok tumbang dan telah menghempap sebuah motosikal serta terdapat seorang lelaki dewasa di bawah timbunan pokok tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.



Ujar beliau, anggota bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa menggunakan satu unit gergaji rantai.

 

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

"Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," kata beliau.

 

Difahamkan kejadian berlaku ketika hujan lebat yang menyebabkan pokok tumbang dan menghalang laluan.

\

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Pengguna dinasihatkan untuk ambil susur keluar ke bandar Bentong,” ujarnya. Jelasnya, trafik…
Berita Domestik
Bernama melaporkan, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah bersedia…
Berita Domestik
Turut menjadi korban dalam kejadian dilaporkan kepada bomba pada jam 3.26 pagi itu adalah seorang…