Penunggang motosikal maut, 1 cedera dirempuh pemandu disyaki mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Batang Kali, 6.58 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 54 tahun yang memandu Perodua Bezza dari Rawang ke Ulu Yam Bharu cuba memotong kenderaan di hadapannya.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

"Bagaimanapun, pemandu melanggar dua motosikal dari arah bertentangan.

"Kemalangan mengakibatkan penunggang Yamaha Lagenda 115Z berusia 57 tahun maut di lokasi, manakala penunggang Honda RS berusia 53 dibawa ke Zon Merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Ahmad Faizal berkata, lelaki itu mengaku meminum sebotol bir, namun polis masih menunggu laporan toksikologi bagi mengesahkan tahap alkohol dalam darah suspek.

Katanya, suspek direman selama tiga hari sehingga 3 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dua kali ganda melebihi…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut dipercayai telah melanggar belakang…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…