Penunggang motosikal mabuk 'serang' bas

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Seorang lelaki dipercayai mabuk yang memecahkan cermin pintu bas dengan parang di pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson malam tadi, mendapat padah apabila ditahan pemandu kenderaan itu yang juga seorang bekas anggota tentera dan arif ilmu pertahanan diri serta tempur tanpa senjata.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya menerima aduan daripada pemandu bas berusia 58 tahun kira-kira 11 malam tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Pemandu bas itu memaklumkan seorang lelaki yang menunggang motosikal tiba-tiba berhenti di hadapan bas. Suspek kemudian mengambil sebilah parang di dalam bakul motosikal lalu memecahkan cermin pintu bas di sebelah kiri pemandu dan cuba mencederakan mangsa sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan.

 

Katanya, pemandu bas itu dapat merampas parang manakala suspek terduduk di dalam bas. Pemandu luka di jari tangan dan pipi manakala kerosakan pada bas dianggarkan kira-kira RM1,000.

 

"Pemandu bas itu membawa suspek ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada polis," katanya.

 

Aidi Sham berkata, pemandu bas itu kemudian mendapatkan rawatan luar di Hospital Port Dickson.

 

"Suspek berusia 24 tahun dan semakan mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala saringan air kencing negatif penggunaan dadah. Punca kejadian masih belum diketahui dan suspek berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.

 

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini.

 

 

bas
gambar ihsan dari PDRM

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…