Penunggang motosikal larikan diri ketika dikejar MPV polis berjaya ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Tular sebuah video yang merakam tindakan seorang penunggang motosikal melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar di Sabak Bernam, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis.

Agus berkata, "Pihak polis bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dengan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta masih dikehendaki polis melibatkan kesalahan jenayah komersial,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya itu, walau bagaimana pun didapati tiada sebarang rekod senarai hitam.

Agus Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan  Seksyen 42 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu serta Seksyen 15 ( 1 )( a ) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan penunggang motosikal itu membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan berkenaan. 

Video di bawah:

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, beliau…