Penunggang motosikal kemalangan langgar lubang berjaya tuntut pampasan RM48,700

oleh SALINA JALIL|
Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan seorang warga asing terhadap kerajaan untuk menuntut pampasan RM48,700 atas kecuaian bagi kecederaan dialaminya selepas motosikalnya melanggar lubang enam tahun lalu.


Warga Pakistan, Sajid Dilwarkhan mendakwa kemalangan dialaminya akibat kealpaan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan jalan dalam keadaan baik untuk pengguna jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kerajaan mempunyai liabiliti vikarius atas kecuaian ketua pengarah JKR.

 

Sajid memfailkan saman terhadap ketua pengarah JKR dan kerajaan atas kecederaan yang didakwa dialaminya selepas tercampak daripada motosikalnya kerana melanggar lubang di Jalan Kuala Selangor (Jalan FT 54) ketika hujan pada 10 pagi 27 Okt 2014.

 

Mahkamah Majistret dua tahun lalu menolak tuntutan Sajid kerana kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pihak keempat memastikan jalan berkenaan dalam keadaan baik.

 

Terdahulu, kerajaan memfailkan tuntutan pihak ketiga terhadap Unik Sejati Sdn Bhd bagi menuntut ganti rugi serta sumbangan, sekiranya Sajid berjaya dalam samannya di mahkamah rendah itu.

 

Unik Sejati yang dilantik kerajaan untuk membina dan menyelenggara laluan FT54, di mana kemalangan itu berlaku bagaimanapun menegaskan tiada lubang di jalan berkenaan.

 

Unik Sejati sebaliknya menamakan Salam Dutamas Sdn Bhd sebagai pihak keempat untuk mendapatkan ganti rugi dan sumbangan, sekiranya mereka didapati bertanggungjawab.

 

 

Pihak keempat berkenaan adalah subkontraktor yang dilantik pihak ketiga bagi menyelenggara jalan berkenaan.

 

Salam Dutamas mendakwa motosikal Sajid tergelincir menyebabkannya beliau jatuh di lokasi lain, tetapi cuba mengaitkan kemalangan itu dengan Jalan FT 54 untuk mengukuhkan kesnya kerana ketika itu ada kerja jalan dilakukan di situ.

 

Hakim S M Komathy Suppiah dalam penghakiman bertulisnya berkata, kerajaan tidak mempunyai kekebalan undang-undang mengikut Seksyen 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956.

 

“Mereka mempunyai kewajipan statutori kepada plaintif untuk memastikan jalan dalam keadaan baik. Mereka tidak boleh mengelak liabiliti dengan menyerahkannya kepada pihak ketiga,” katanya.

 

Komathy berkata, ketua pengarah JKR dan kerajaan tidak memastikan pihak ketiga terbabit menampal lubang jalan berkenaan atau meletakkan tanda amaran atau kon berhampiran lubang itu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan.

 

Katanya, ia bukan sebahagian daripada kes kerajaan yang pihak ketiga dan keempat ialah kontraktor bebas.

 

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan kerajaan untuk ganti rugi daripada pihak ketiga, selain tuntutan pihak ketiga untuk ganti rugi daripada pihak keempat.

 

 

 

FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
  Kejadian itu adalah yang ke­dua selepas kes seorang penunggang motosikal menemui ajal akibat…
Berita Domestik
  Dr. Ahmad berkata, mana-mana individu yang terlibat kemaIangan berikutan kecuaian pihak tertentu…