Penunggang motosikal ditemui maut dalam semak selepas dilapor hilang tiga hari

oleh Mohamad Hanif|
Dilapor hilang tiga hari, rupanya ditemukan maut dalam kawasan semak di laluan Gerik-Jeli, petang semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mayat mangsa yang merupakan seorang penyelia kilang berusia 46 tahun itu ditemukan jam 5.30 petang oleh rakan-rakannya setelah menyedari beliau hilang tanpa sebarang berita.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmodd berkata, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Kuala Ketil jam 1.58 tengah hari semalam.

"Bertindak berdasarkan maklumat tersebut, rakan-rakan mangsa telah menjejaki mangsa di tempat kejadian dan terus melaporkan ke IPD Gerik sebaik menemui mayatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Siasatan awal mendapati mangsa menunggang bersendirian melalui JRTB menuju ke Banjaran Titiwangsa, Gerik sebelum dipercayai gagal mengawal motosikal dan terbabas ke bahu jalan di KM22 JRTB Gerik-Jeli.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh berhubung dengan Insp. Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pihaknya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan…
Berita Global
  Penemuan serpihan pesawat itu dibuat oleh sebuah pasukan pencari di sebuah puncak gunung…