Penunggang motosikal cedera terlanggar enjin melayang

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah kenderaan yang dipercayai hilang kawalan telah melanggar pembahagi jalan di KM198.6 di Lebuhraya PLUS berhampiran dengan plaza tol Alor Gajah kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemalangan yang berlaku pada jam 2.15 pm di laluan menghala ke selatan itu menyebabkan penumpang kereta itu mengalami kecederaan.

Enjin kenderaan tersebut tercabut akibat impak dari pelanggaran dan melayang ke laluan bertentangan yang kemudiannya dilanggar pula oleh sebuah motosikal dan kereta.

Penunggang motosikal berusia 44 tahun itu mengalami retak tangan kiri dan cedera di kedua-dua kaki. Pemandu kereta (yang melanggar serpihan enjin itu) tidak cedera tetapi penumpangnya mengalami kecederaan.

Kejadian enjin kenderaan tercabut bukan sesuatu yang baharu dan risikonya ialah terhadap pengguna yang lain. Di dalam senario yang sempurna, enjin sepatutnya akan "termasuk" ke ruang bawah kabin penumpang tetapi kita semua tahu apa pun boleh terjadi sewaktu kemalangan.

* Laporan dari The Star


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…