Penunggang motor nyaris digilis lori kontena ketika isi angin

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemuda nyaris digilis sebuah lori kontena ketika sedang mengisi angin tayar motosikal yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Pelabuhan Klang pada pagi Rabu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, seorang pemuda dilihat sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

Secara tiba-tiba sebuah treler yang berada tidak jauh di belakangnya bergerak dan membelok sebelum melanggar belakang badan mangsa.

Mangsa yang sedang duduk mengisi angin tayar bagaimanapun sempat bangun sebaik kaki kanannya hampir digilis treler berkenaan.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara memaklumkan bahawa siasatan lanjut berkaitan kejadian tersebut sedang dijalankan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Amirul turut memerintahkan lesen memandu Noor Haffizza, 35, disemak sebelum diserahkan semula…
Berita Domestik
  "Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat…