Penunggang basikal maut, cuba lintas pembahagi jalan

oleh SALINA JALIL|
Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah lori kurier di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Sungai Petai di sini, pagi Ahad.


Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Dinin Mohd. Yusof, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa cuba melintas pembahagi jalan untuk membuat pusingan U. 

 

“Ketika cuba melintas, sebuah lori kurier gagal mengelak mangsa dan telah melanggar bahagian belakang basikal berkenaan. 

 

“Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan. 

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan awal pegawai penyiasat di lokasi mendapati, kemalangan berlaku di jalan lurus dan menurun bukit. 

 

“Kawasan itu juga mempunyai dua lorong dua hala, manakala keadaan lalu lintas adalah baik dan cuaca tidak hujan. 

 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

 

 

 

– UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…