Penunggang basikal jatuh gaung setinggi enam meter

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Penunggang basikal patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung setinggi enam meter ketika melakukan aktiviti itu di Setia Triangle di Bayan Lepas, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.06 pagi hari ini.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, mangsa yang tinggal di Teluk Kumbar di sini, itu mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh ke dalam gaung terbabit.

 

"Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum memberi rawatan awal kepadanya," katanya di sini.

 

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya telah…
Berita Global
Kejadian minggu lalu di San Miguel, US membuktikan pemandu sepatutunya lebih berhati-hati ketika…
Berita Domestik
  "Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub dipercayai…