Penumpang terkandas, Menteri Pengangkutan arah Malindo mohon maaf

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang ‘tersadai’ di lapangan terbang baru-baru ini.

Berdasarkan laporan daripada Sinar Harian, pihak Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas sebagaimana yang dinyatakan pihak syarikat itu ketika dihubungi beliau.

Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter, Mohd Firdaus Jailan yang juga merupakan penumpang yang terkesan.

 


"Salam Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab," katanya.

Pada Jumaat, Firdaus menerusi ciapan Twitter miliknya, meminta Anthony melakukan tindakan segera mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat yang dijadualkan untuk mereka tergendala lebih 8 jam.

Video rungutan individu tersebut juga tular di media sosial menyebabkan orang ramai turut membuat gesaan dan mahu kerajaan memberi perhatian tentang perkara tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa operasi ini merupakan langkah tegas kerajaan…
Berita Domestik
Beliau menjawab cadangan yang dibangkitkan oleh YB Langkawi dalam sesi perbahasan Rancangan…
Berita Domestik
Dalam sesi perbahasan, YB Padang Serai mempersoalkan kos tinggi projek tersebut dan menyarankan…