Dr Suzalinna berkata bahawa semua yang menjalani ujian saringan pertama ketika ketibaan diminta untuk kuarantin di rumah.
"Bagaimanapun, selepas enam daripadanya didapati positif, kami minta semua penumpang untuk membuat ujian kedua," katanya.
Menurutnya sehingga jam 11 pagi 13 Mei lalu, sebanyak 39 orang, termasuk tujuh pelajar universiti telah selesai menjalani ujian Covid-19 kali kedua di Klinik Kesihatan Tawau di Jalan Chong Thien Vun.
Beliau juga mendesak semua mereka yang diperintahkan untuk kuarantin di rumah untuk mematuhi garis panduan ketat serta memastikan penjarakan fizikal dengan ahli keluarga, termasuk tinggal di bilik dan menggunakan bilik mandi yang berasingan.