Penumpang belakang tercampak disahkan penuntut UTP yang maut

oleh Hamimah Hamid|
PENUMPANG belakang kereta Perodua Bezza yang terbabas berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Seri Iskandar pada malam Ahad adalah mangsa yang disahkan maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, mangsa yang merupakan pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Petronas (UTP) maut akibat kecederaan parah ekoran tercampak keluar semasa kereta sedang bergolek.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut Hafezul Helmi, pemandu kereta mengalami kecederaan parah manakala penumpang hadapan dan penumpang belakang kiri mengalami kecederaan ringan.

 

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian penumpang belakang kanan adalah disebabkan polytrauma akibat kemalangan jalan raya, ”katanya.

 

Jelas beliau, kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta terbabit sedang dalam perjalanan dari UTP menuju ke arah Seri Iskandar Business Centre (SIBC).

 

"Ketika melalui lokasi kejadian kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu berpusing ke kanan.

 

"Kereta terbabit kemudian melanggar penghadang jalan dan bergolek beberapa kali sebelum terbabas di tepi jalan di laluan bertentangan," katanya.

 

Ujar beliau, lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

 

Hafizul Helmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan boleh menyalurkan maklumat kelada pegawai penyiasat di talian 014-679 0829 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.