Pensyarah pada siang hari, Wazer pada waktu malam

oleh Mohamad Hanif|
Bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, tiada bezanya antara Yusmizan bin Ag Kirah dari para pensyarah lain yang dapat anda lihat berjalan di lorong-lorong Kolej Teknikal Yayasan Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanpa disedari kebanyakan rakyat Malaysia, pensyarah bagi Program Teknologi Automotif ini, yang juga merupakan bekas jurutera, juga merupakan salah seorang editor peta Waze yang berpangkat tinggi di Malaysia. 

Beliau yang biasanya dikenali sebagai Yus, telah dinaikkan pangkat pada Mei 2017 ke Pengurus Negara Tahap 6 bagi para editor peta waze di Malaysia dan Brunei. 

Pangkat ini adalah antara jawatan yang tertinggi bagi para editor Waze. Dalam beliau sibuk menjaga empat orang anak dan bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa, Yus turut menyumbangkan masa beliau untuk meningkatkan pengalaman Waze bagi para pengguna Malaysia bersama 300 orang editor peta lain di seluruh Malaysia. 
 

Para editor peta di Malaysia ini sentiasa mengemas kini, mengedit, membetulkan dan mengurus peta-peta di rantau Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur serta Borneo di negara ini. 

Yus kini mengajar para pelajar Diploma kursus kejuruteraan/teknikal dalam mata pelajaran Teknologi Bahan, Hidraulik, Pneumatik dan AutoCAD, dari jam 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari kerja. 

Walau bagaimanapun, pekerjaan ini tidak menghalang beliau daripada menyumbangkan masa sebelum dan selepas kerja untuk memeriksa Waze di pelbagai platform media sosial komuniti untuk membantu memenuhi permintaan komuniti tersebut dalam mengemas kini peta-peta sambil melakukan pengeditan ringkas pada peta tempat tinggalnya, Kota Kinabalu. 

Walaupun kerjanya untuk komuniti Waze adalah penting, beliau juga banyak meluangkan masa untuk menonton rancangan kartun bersama anak-anak beliau selepas waktu persekolahan. 
 


Selain mengedit peta-peta dalam aplikasi tersebut, Yus juga menguruskan penglibatan komuniti untuk para editor peta Waze dengan merancang persidangan-persidangan tempatan di mana mereka boleh berkongsi kepakaran dan memupuk persahabatan. 

Beliau juga menggunakan masa beliau untuk mendorong dan memperkasakan para editor peta agar mereka dapat dipromosikan ke peringkat pengeditan yang lebih tinggi, seperti melantik editor tertentu sebagai Pengurus Kawasan. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pengeditan peta dilakukan secara berkala agar aplikasi Waze sentiasa dikemas kini.

Mencerminkan budaya Malaysia yang berteraskan keakraban dan penerimaan, Yus telah mengenali beberapa kawan rapat melalui komuniti Waze merentasi seluruh negara. 

Lawatan ringkas ke pelbagai negeri tiba-tiba boleh menjadi perjalanan penuh apabila rakan-rakan Waze beliau membawa beliau sekitar negeri-negeri tersebut untuk bersama-sama menerokai dan memetakan kawasan-kawasan yang belum dipetakan di Waze.

Yus menyertai Waze pada 2013 kerana dia merasakan aplikasi tersebut menjadikan navigasi sangat bermaklumat dan menyeronokkan. 

Dia tidak pernah menjangkakan bahawa Waze akan membawa pengaruh yang begitu besar terhadap kehidupan beliau. Sejak pelancaran Waze di Malaysia, komuniti Waze negara ini kini antara yang terbesar di dunia, seramai 5.9 juta orang pengguna aktif bulanan dan 300 orang editor peta.

Komuniti Waze di Malaysia


Ahli-ahli komuniti Waze memang berbakat. Dari editor peta, penterjemah ke penguji beta, para pengguna Waze menyumbang kemahiran dan masa mereka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan bagi semua orang. 

Tentu sekali, para sukarelawan ini dapat memperoleh mata-mata dalam aplikasi sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka, tetapi komuniti ini disatukan dengan tujuan untuk bersama memastikan agar pengalaman perjalanan di Malaysia sentiasa terurus dengan menyediakan maklumat jalan dan butiran peta yang terkini. 

Mereka juga membantu menjadikan aplikasi ini lebih inklusif dengan memastikan komuniti ini sentiasa aktif dan mesra bagi semua orang.

Adakah anda ingin menyertai Komuniti Waze? Jadilah seorang editor peta dengan menuju ke https://www.waze.com/editor! Ketahui cara untuk mula mengedit peta Waze di Komuniti Wiki kami dan berhubung dengan komuniti editor kami di forum ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia akan dimuatnaik ke aplikasi Waze dalam mingu-minggu mendatang.   1. Amaran awal agar anda tak…
Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…