Penstrukturan semula: 12,000 pekerja Ford mungkin terjejas akhir 2020

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan CNN, syarikat gergasi Ford dikhabarkan akan menghentikan perkhidmatan kira-kira 12,000 pekerja di seluruh Eropah menjelang akhir tahun 2020.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula perniagaan mereka yang semakin merudum di benua tersebut. 

Lima daripada fasiliti pemasangan yang dimiliki oleh Ford di seluruh Eropah juga akan mula ditutup pada akhir tahun hadapan, termasuklah fasiliti pemasangan enjin Bridgend di Wales dan menjual sebahagian yang lain. 

Ketika ini, kira-kira 51,000 orang pekerja berkhidmat untuk Ford di Eropah. 

Menurut Stuart Rowley, presiden Ford Eropah berkata, "menutup kilang pemasangan dan memisahkan pekerja merupakan keputusan paling sukar kami pada ketika ini, melihatkan kepada efeknya kepada keluarga dan komuniti.

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas bagi mengurangkan kesan (diberhentikan kerja) itu," tambah beliau. 

 


Ini bukanlah kali pertama gergasi Amerika mengambil keputusan sedemikian, kerana baru-baru ini General Motors juga mengambil langkah menghentikan perniagaan mereka di Eropah disebabkan persaingan yang terlalu sengit. 

Tambahan pula, kebanyakan pengeluar kini masing-masing terpaksa mengalah kepada peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat dilaksanakan di Eropah yang akan berkuatkuasa pada 2021. 

Menurut Ford lagi, fokus mereka kini berpaksikan pada tiga tunjang utama, iaitu kenderaan komersil, kenderaan penumpang dan import, di mana perniagaan kenderaan komersil akan berpusat di Dunton, UK. 

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…