Penolong pegawai perubatan wanita maut, ambulans langgar treler

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Buletin TV3
Seorang penolong pegawai perubatan wanita maut selepas ambulans yang dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer KM330.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara awal pagi tadi, dekat Tapah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa yang berumur 30 tahun dilaporkan tersepit sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Manakala, pemandu ambulans seorang lelaki berumur 41 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, kemalangan berkenaaan membabitkan sebuah ambulans milik swasta dengan sebuah treler.

Katanya, ketika kejadian ambulans berkenaan dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras ke Ipoh selepas selesai menghantar pesakit.

Manakala treler terbabit pula dalam perjalanan dari Klang menuju ke Bukit Mertajam untuk menghantar barangan.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian terbabit dipercayai berlaku selepas ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 41 tahun telah melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipandu oleh oleh seorang lelaki berumur 32 tahun di laluan sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan terbabit, seorang penolong pegawai perubatan wanita yang berumur 30 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan,pada Isnin.

Mohd Naim berkata, pemandu ambulans hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya dan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, “katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian terbabit tampil ke hadapan dan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohamad Razikin di talian 013-2087919 bagi membantu siasatan.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian melibatkan tiga treler,…
Informasi
  “Pakcik saya yang dalam kereta wira sudah meninggal. Semoga Allah merahmati dan menempatkan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira…