Penjenamaan semula R&R PLUS bermula tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengendali lebuhraya utama negara, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memulakan projek memberi wajah baru kepada Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk memberi pengalaman baru kepada pelanggan lebuhrayanya.

Bermula dengan R&R Seremban (Arah Selatan), PLUS bercadang memberi wajah baru kepada sekurang-kurangnya lima R&R di sepanjang lebuhraya kendaliannya dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.

Dengan kolaborasi bersama Nawawi Tie Leung (NTL), sebuah syarikat perunding hartanah peruncitan yang terkemuka, proses penjenamaan semula ini meliputi rekabentuk dan lain-lain yang menjadikannya lebih selamat, lebih selesa, lebih lestari serta menepati citarasa pelanggan lebuh raya masakini.

Selain itu, PLUS juga berhasrat untuk menambah beberapa ciri yang inovatif dan lebih moden terhadap dekorasi dalaman R&R termasuklah mengadaptasikan teknologi hijau dan keselesaan ruang dalam usaha menjadikan R&R lebih mesra digunakan oleh pelanggan lebuhraya sebelum mereka menyambung semula perjalanan mereka.

 

 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “PLUS berasa amat teruja untuk memulakan projek menaiktaraf ini kerana ia bertepatan dengan misi kami untuk memberikan perkhidmatan lebuhraya yang melebihi jangkaan pelanggan sepanjang perjalanan mereka. Kehendak dan keperluan pelanggan lebuhraya masakini telah berevolusi dan berubah. Oleh itu, kami perlu menaiktaraf R&R yang sedia ada dengan kemudahan yang bertaraf dunia dengan wajah yang lebih moden dan kontemporari.”

NTL yang merupakan syarikat perunding untuk projek menaiktaraf R&R Seremban (Arah Selatan) telah memainkan peranan yang penting dalam merangka konsep serta rekebentuk keseluruhan R&R PLUS sebagai pusat yang ikonik dan lebih mesra pelanggan.

Dengan kerjasama dan sokongan perunding bertaraf antarabangsa iaitu Lead 8, R&R Seremban (Arah Selatan) yang baru akan muncul sebagai sebuah R&R yang moden dan ikonik serta menjadi tanda aras bagi R&R lebuhraya di masa yang akan datang.

“Matlamat kami adalah menjadikan R&R PLUS bukan sekadar sebuah hentian rehat, tetapi sebuah destinasi yang menarik untuk pelanggan lebuhraya,” kata Pengarah Eksekutif NTL, Ungku Suseelawati Ungku Omar.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf kemudahan dan…
Berita Domestik
Kempen terbaharu ini menjemput para pengguna lebuh raya yang mendapat kebenaran merentas daerah dan…
Berita Domestik
PLUS juga turut menyarankan para pengguna lebuh raya supaya sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi…