Penjelasan di sebalik aerodinamik Lotus Evija

oleh Mohamad Hanif|
Lotus Evija direka bukan sahaja untuk menjadi jentera Lotus paling pantas pernah pengeluar British itu hasilkan, namun dengan aspek kejuruteraan yang ditampilkan, Evija juga mungkin bakal menjadi salah sebuah hypercar terpantas di dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Atas kertas, Lotus Evija didatangkan dengan empat buah motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 1,973 hp dan daya kilas 1,700 Nm embolehkan pecutan sepantas kurang dari tiga saat.

Namun, kepantasan bukanlah penyumbang utama kepada prestasi Lotus Evija tanpa melihat dengan teliti aspek aerodinamik yang serba sofistikated itu.

Dalam satu temubual yang dijalankan, ketua Unit Aerodinamik Lotus Richard Hill menjelaskan bahawa tidak seperti kenderaan lain yang perlu 'mencipta' ruang udara untuk bergerak dengan daya paksaan, Lotus Evija pula bertindak sebaliknya disebabkan rekaan Lotus Evija yang berliang.

 


Ketika dalam kelajuan tinggi, bukaan udara di hadapan Lotus Evija bertindak sebagai mulut yang menyedut segala udara di hadapan sebelum udara tersebut disalurkan ke bahagian belakang jentera menerusi bukaan yang agresif.

Salah satu ciri penting yang ada pada Lotus Evija adalah splitter hadapan yang menyalurkan udara untuk menyejukkan pek bateri dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menyejukkan unit motor elektrik pada gandar hadapan.

Tambahan pula, penggunaan splitter ini boleh meminimumkan jumlah udara yang dibenarkan melalui bawah kenderaan, sekaligus mengurangkan kadar seretan dan daya angkat, serta mencipta perbezaaan tekanan bagi menjana daya turun yang diperlukan.

Selain daripada itu, Lotus Evija juga turut mempunyai ciri aerodinamik aktif di mana sayap belakang boleh laras yang duduk di dalam rangka badan atau dinaikkan sekiranya perlu, serta menampilkan ciri Drag Reduction System ala-ala F1.

 


Malah, menurut Richard Hill lagi, perbandingan antara Lotus Evija dan kereta sports lain adalah seumpama membandingkan jet pejuang dan layang-layang kanak-kanak!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Gaya Hidup
  Kombo dua jentera Mercedes ini datang pada harga yang cukup menarik, sekitar $29.99 sahaja (…
Berita Domestik
Nampaknya pihak pengimport dan pengedar rasmi kenderaan berjenama Lotus di Malaysia, Lotus Karz…