Penjajaran semula Seksyen C, ECRL 3.0 jimat RM11 bilion - MOT

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan mengumumkan pengurangan kos pembangunanan keseluruhan (TDC) projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada RM85.97 bilion kepada RM74.96 bilion.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan agensi berita Bernama, penjimatan kos pembangunan keseluruhan (TDC) RM11.01 bilion antara lain disumbangkan daripada penjajaran semula landasan pada Seksyen C melibatkan jajaran Temerloh- Serendah-Pelabuhan Klang.

“Kementerian ini juga ingin menekankan bahawa kos pembinaan ECRL 3.0 (Projek ECRL terkini) yang lebih rendah ini dicapai melalui beberapa siri rundingan semula kontrak ECRL yang telah dimuktamadkan pada 2019 dan 2022,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dalam satu sidang media mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan projek berkenaan dengan pengurangan kos dan tidak akan membawa banyak perubahan untuk mengelak melambatkan proses pelaksanaan dan mempersulitkan kerja-kerja serta rundingan sedia ada.

Sebagai perbandingan, menurut MOT, TDC asal untuk Projek ECRL yang dilancarkan pada 2017 (ECRL 1.0) berjumlah RM85.97 bilion merangkumi kos pembinaan RM66.78 bilion dan kos pembangunan lain seperti Faedah Semasa Pembinaan (IDC), pengambilan tanah, pemindahan utiliti dan yuran sambungan serta perbelanjaan mengurus berjumlah RM19.19 bilion.

Sementara TDC untuk ECRL 3.0 dianggar berjumlah RM74.96 bilion merangkumi kos pembinaan jauh lebih rendah iaitu RM50.27 bilion, manakala kos pembangunan lain seperti IDC, pengambilan tanah, pemindahan utiliti dan yuran sambungan serta perbelanjaan mengurus RM24.69 bilion.

MOT juga menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas sokongan berterusan memastikan projek ECRL dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara sebagaimana dirancang.

Kementerian itu berkata rakyat Malaysia kini dapat menikmati projek ECRL yang telah ditingkatkan nilainya bagi perkhidmatan penumpang dan kargo iaitu pembinaan rel sepanjang 665 kilometer dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.

Selain itu, pembinaan 20 stesen, pembinaan Serendah Bypass yang melancarkan pergerakan kargo dari utara serta pemanjangan rel dari Stesen Jalan Kastam ke kedua-dua terminal Westport dan Northport.

Sumber: Bernama 

Berita Berkenaan

Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…
Berita Domestik
Baginda bertitah, langkah itu juga mampu mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand. "Beta…
Berita Domestik
"Sejak awal pembinaannya pada Ogos 2017, projek ECRL telah merancang, mengurus dan melaksanakan…