Penilai kenderaan pramilik Perodua dilatih guna sistem analisa Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam usaha untuk memastikan kenderaan pramilik atau terpakai Perodua diperiksa dengan cara terbaik, Perodua telah mengumumkan penilai mereka akan melalui latihan dari syarikat profesional.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin memberitahu bahawa Perodua akan mendaftarkan penilai-penilainya untuk menyertai kursus Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan (VIMS) di pusat latihan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kursus yang akan dikendalikan oleh AucNation Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang menjalin usahsama dengan Automobile Inspection System Inc Japan (AIS) menjamin analisa yang lebih lengkap.

AIS ditubuhkan dalam tahun 1996 dan ia ditugaskan memeriksa kesemua kenderaan di seluruh negara Jepun.

Inisiatif oleh MARii itu mendapat sokongan penuhd ari Perodua kerana ia percaya akan memberikan manfaat bukan hanya kepada Perodua, tetapi kepada seluruh industri automotif negara.

"Jika ada penilai sah yang diiktiraf oleh kerajaan dan menepati piawaian antarabangsa, ini pastinya membantu kami meyakinkan pelanggan bahawa Perodua sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka," ujar Zahari.

VIMS membabitkan dua analisis - Analisis Visual (VA) yang lebih fokus kepada keadaan luaran kenderaan dan Analisis Diagnostik (DA) pula menggunakan bantuan alatan elektronik untuk memastikan segala sistem dalam keadaan sempurna.

Perodua KL di Jalan Pahang menawarkan kenderaan Perodua pramilik dengan waranti terhad - khusus untuk mereka yang mahu membeli kenderaan terpakai Perodua yang berkualiti.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…