Tindakan tegas telah diambil dengan pengeluaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil MPAJ 2007, bagi mengawal situasi dan menjamin keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.
MPAJ dalam kenyataannya menjelaskan, bahawa pihaknya menyokong penuh pembangunan usahawan tempatan sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi komuniti.

Bagi menyelesaikan isu ini secara tuntas, satu sesi pertemuan turut dirancang bersama pihak berkaitan bagi mencari pendekatan yang lebih berkesan, bukan sahaja untuk mengelakkan kejadian seumpama berulang, tetapi juga untuk merangka inisiatif membantu para peniaga memulakan perniagaan secara sah dan berdaftar.
"MPAJ sentiasa beriltizam memperkukuh kerjasama dengan seluruh komuniti dalam membina persekitaran yang selamat, teratur dan sejahtera," menurut kenyataan MPAJ di laman Facebooknya.
Orang ramai yang mempunyai cadangan atau aduan berkaitan boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ di pautan https://mpaj.spab.gov.my atau hubungi talian bebas tol MPAJ 1-800-22-8100.
Langkah proaktif ini diharap dapat menjadi titik tolak ke arah keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan ketenteraman awam di kawasan pentadbiran MPAJ.
