Pengusaha stesen minyak negara kerugian RM170 juta, mohon bantuan kerajaan

oleh SALINA JALIL|
PERSATUAN Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menggesa kerajaan menimbang langkah menyediakan bantuan kewangan kepada pemilik stesen minyak bagi membantu mereka memulih serta memulakan kembali perniagaan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.


Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, buat masa ini, kebanyakan pemilik tidak mempunyai dana untuk membeli minyak secukupnya bagi menampung peningkatan permintaan yang dijangka berlaku apabila PKP berakhir.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata, arah aliran menurun dalam harga minyak dan trafik yang lemah susulan PKP menyebabkan pengusaha stesen minyak terjejas teruk.

 

"Dari awal Mac hingga pertengahan April, harga minyak turun beberapa kali. Apabila harga turun dengan banyak kami rugi kerana kami membelinya terlebih dahulu pada kadar lebih tinggi dan kami terpaksa menjualnya pada harga lebih murah.

 

"Semua yang berada dalam industri ini kerugian kira-kira RM170 juta, purata kira-kira RM60,000 hingga RM100,000 bagi satu stesen minyak," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama TV menerusi Skype.

 

Khairul Annuar berkata, masalah akan timbul selepas kerajaan menamatkan PKP kerana pengusaha stesen minyak hanya memiliki sejumlah wang yang sedikit bagi menampung peningkatan permintaan untuk minyak pada ketika itu.

 

"Isu ini akan timbul apabila kerajaan menamatkan PKP dan orang ramai mula bekerja seperti biasa. Ini kerana modal kerja semua pengusaha kami menyusut akibat penurunan harga minyak dan kerugian yang dialami semasa tempoh PKP.

 

"Alangkah baiknya jika kerajaan boleh menimbang untuk memberikan pinjaman mudah kepada kami kerana pinjaman mudah itu akan membantu," katanya.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Phan Chib Chan, 59 tahun mengaku bersalah atas kesalahan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam…
Berita Domestik
  "Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan…
Informasi
  Pengusahanya, Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, kejadian yang berlaku antara jam 7 sehingga 8.30…