Pengusaha perniagaan digesa bangunkan strategi keselamatan siber - KSU MITI

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama rakan teknologi Elyton (Asia Pacific) Sdn Bhd, Trinity Business Solution dan Astiostech Sdn Bhd baru-baru ini mengadakan forum 'Cybersecurity in Smart Manufacturing' di ibu pejabat MITI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Forum tersebut dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI yang memfokuskan kepada kepentingan keselamatan siber (cybersecurity) dan pembuatan pintar (smart manufacturing). 

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah amalan di dalam perlindungan komputer, server, peranti mudah alih, jaringan data serta data daripada serangan siber, akses yang tidak dibenarkan dan melanggar undang-undang. 
 


Ia juga menekankan kepentingan keselamatan siber dalam model perniagaan pada masa akan datang, sekaligus membentuk pelan perancangan dalam melindungi aset berharga daripada ancaman moden masa kini. 

Dalam ucapannya, Dato' Lokman menjelaskan bahawa Industry4WRD yang dilancarkan pada Oktober lalu adalah untuk memacu transformasi digital dalam pembuatan pintar dan sektor yang berkaitan di Malaysia.

"Seiring dengan kemajuan, pembangunan infrastruktur, regulasi, teknologi, teknologi, kemahiran dan tenaga pakar perlulah merujuk kepada keselamatan siber secara menyeluruh, supaya risiko dapat dikurangkan dan mampu mencapai tahap yang diinginkan," tambah beliau. 

Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, "adalah penting bagi setiap entiti perniagaan untuk menekankan keselamatan siber dalam pelan perniagaan mereka, apatah lagi industri kini bergerak ke arah pendigitalan. 
 


"Sektor ini juga mampu mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan baharu - proses lokalisasi perkhidmatan keselamatan siber akan memberikan respon yang lebih cepat terhadap apa jua isu yang timbul," tambahnya. 

Turut berucap di dalam sesi forum tersebut adalah:

1. Dato’ Ts. Madani Sahari, CEO, MARii
2. Joao Lucas Melo Brasio, Executive Director, Elytron Asia Pacific 
3. Matthew Edward Couri, Executive Director, Trinity Business Solutions 
4. Iderlon Azevedo, Honorary Consul-General to Brazil 

 


Dalam majlis yang sama menyaksikan upacara tandatangan perjanjian persefahaman antara:

  • MARii dan Elytron (Asia Pacific) Sdn Bhd
  • MARii dan Trinity Business Solution

Dua MoU tersebut bakal membentuk kerjasama antara pihak yang disebutkan bagi meningkatkan lagi keupayaan di dalam sistem keselamatan teknologi informasi (IT).