Pengusaha, kakitangan Petron turun padang bantu mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, sekumpulan pengusaha dan kakitangan Petron telah mengaktifkan program sukarelawan Volunteerism in Action (VIA) bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor dan Pahang.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Sebanyak lebih kurang 50 kotak pakaian baharu dan terpakai, selimut, tuala, telekung dan sejadah, kasut dan selipar yang disumbangkan telah dihantar ke pusat pemindahan sementara melalui Hope Community.
 

petron


Dalam masa yang sama, mereka juga turut menghulurkan wang tunai berjumlah RM27,000 yang digunakan untuk membeli barangan keperluan serta peralatan mandi dan perkakas dapur.

Sebagai tanda solidariti terhadap pengusaha stesen minyak Petron yang terjejas, sukarelawan terdiri daripada kakitangan, para pengusaha dan kontraktor telah memulakan usaha pembersihan stesen minyak yang ditenggelami banjir.
 

Petron


Sementara itu, para pengusaha Petron Johor bertindak pantas terhadap panggilan bantuan daripada mangsa banjir di Lembah Klang dan negeri Pantai Timur.

Kutipan sebanyak RM25,000 berjaya dikumpul dalam masa tiga hari dan disumbangkan kepada mangsa banjir menerusi kerjasama dengan Mercy Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Bersekutu Ipsos, Lars Erik Lie berkata, "tahun 2022 menyaksikan pandemik yang melanda…
Berita Domestik
Ramon S. Ang selaku Pengerusi Petron Malaysia berkata, "Bermula dengan permulaan yang sederhana,…
Informasi
  Dua pemenang hadiah tempat pertama akan memenangi sebuah motor Yamaha MT-25 setiap seorang…