Pengusaha bas sekolah: Tiada SOP jelas, berkemungkinan caj tambang akan naik

oleh SALINA JALIL|
Ada pengusaha bas sekolah akan mengenakan caj tambahan sehingga dua kali ganda berbanding biasa bermula Rabu ini untuk membawa pelajar tingkatan lima dan enam.


Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, bagaimanapun caj tambahan itu perlu dipersetujui terlebih dulu antara ibu bapa dan pengusaha.


"Kebanyakan pelajar tingkatan lima dan enam tidak menaiki bas sekolah, biasa tunggang motosikal, naik kereta atau ibu bapa hantar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Saya diberitahu Rabu ini hanya 3,000 daripada 15,000 pengusaha bas seluruh Malaysia akan beroperasi.

 

"Rata-rata pelanggan bas sekolah terdiri daripada murid sekolah rendah manakala 20 peratus pelajar tingkatan satu hingga tiga," katanya lagi.

 

Menurutnya, jika mereka beroperasi dengan kapasiti pelajar yang menaiki bas hanya tiga atau empat orang adalah tidak berbaloi untuk meneruskan perniagaan.

 

"Siapa nak berniaga untuk rugi, kalau setakat sekolah menengah dibuka lebih kurang tiga atau empat orang saja (penumpang), yang membuatkan bas padat sebelum ini adalah murid sekolah rendah.

 

"Kami keliru sikit dengan SOP (prosedur operasi standard) yang masih kurang jelas.

 

"Kami dimaklumkan pengusaha perlu sanitasi bas mereka setiap hari, tetapi bagaimana dengan pemandu pula, adakah pemandu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik?

 

"Kami pun masih keliru, mereka (pengusaha) tanya saya dan saya pun tak tahu nak jawab," katanya.

 

Menurutnya, ramai pengusaha bas kecewa berikutan tidak mendapat bantuan secara 'one-off' oleh kerajaan untuk membaikpulih kenderaan selepas tersadai hampir tiga bulan.

 

"Ada yang dah surrender (menyerah), kali terakhir kenderaan mereka bergerak akhir Mac lalu, sekarang sudah Jun pastinya banyak nak kena baiki contohnya tayar dah pancit, bateri kena tukar, brek sudah tidak berfungsi.

 

"Jadi mana mereka semua nak dapat duit untuk melakukan kos penyelenggaraan kenderaan ini," katanya.

 

Menurutnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rata-rata pengusaha bas sudah menutup perniagaan mereka.

 

"Ada yang sudah bawa e-hailing dan buat perniagaan yang patut," katanya.

 

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ahmad Syafiee berkata, jeritan sayup yang semakin kuat…
Informasi
"Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta…
Informasi
  Kata beliau, pihaknya mahu lebih kepada usaha advokasi atau pendidikan berbanding tindakan…