Pengunjung Litar Nurburgring tak amalkan penjarakan sosial

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kira-kira enam minggu ditutup daripada kunjungan umum akibat COVID-19, pihak pengurusan Litar Neraka Hijau Nurburgring akhirnya memulakan semula operasi pada 30 April lalu untuk sesi Tourist Rides atau Touristenfahrten mengikut penduduk tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pembukaan semula Litar Nurburgring kepada umum turut disertakan dengan pengenalan beberapa peraturan baharu bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan para pengunjung - kaki litar - kekal terpelihara.

 


Ini termasuklah memperkenalkan ciri 'contactless tourist drives' menggunakan kod QR yang tidak lagi memerlukan sentuhan antara pengunjung dan pekerja litar, mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 2 meter serta mewajibkan hanya dua orang di dalam kereta pada satu-satu masa.

Selain daripada itu, pihak pengurusan litar turut menutup beberapa kemudahan seperti tandas, kawasan parkir di Nordschleife bagi mengelakkan perhimpunan beramai-ramai.

Malah, hotel di sekitar kawasan tersebut turut ditutup supaya tiada pengunjung yang bermalam di kawasan Litar Nurburgring.

 


Namun, peraturan baharu tersebut nampaknya tidak diendahkan oleh sesetengah pihak di mana terdapat kumpulan yang sengaja berkumpul di kawasan parkir yang ditutup dan tidak menjaga penjarakan sosial.

Imej tersebut dikongsikan oleh laman Instagram nurburgringnow memaparkan keadaan yang tidak terkawal semasa pembukaan semula Litar Nurburgring kepada umum.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…