Pengumpul koleksi kereta 'rare', JP Chin lebih gemar guna X50, X70 ke pejabat

oleh Mohamad Hanif|
Chin Jit Pyng merupakan nama yang tidak asing lagi, beliau merupakan salah seorang daripada pengumpul koleksi kereta-kereta mewah terbesar di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, koleksi hypercar-nya juga tidak kurang hebat, dengan unit seperti Chiron berharga $2.6 juta (RM10.98 juta), Bugatti Divo bernilai $5.7 juta (RM24.05 juta) yang merupakan satu-satunya unit Divo di Asia Tenggara, dan sebuah lagi Bugatti Bolide yang bakal tiba pada tahun 2024.

Menurut laporan daripada Carscoops, unit Divo itu kini dipamerkan di bilik pameran Bugatti di Singapura, namun beliau merancang untuk membawa masuk ke Malaysia kelak setelah kereta tersebut didaftarkan secara sah.

 


Selain itu, sebanyak 30 hingga 40 koleksi kenderaan JP Chin ada dipamerkan di muzium peribadi (JPM Museo) yang terletak di Kuala Lumpur, di mana sebahagian daripada koleksi tersebut diinspirasikan daripada filem francais dan siri televisyen terkenal.

Menurutnya, beliau lebih suka membiarkan koleksi kenderaannya dalam keadaan yang asal, kerana ia sebenarnya merupakan satu pelaburan yang mampu meningkatkan lagi nilai sesebuah kenderaan itu.

Biarpun popular dengan pelbagai jenis koleksi yang mewah dan terhad, JP Chin sebenarnya lebih gemar menggunakan kenderaan jenis Proton X50 atau X70 untuk berulang-alik ke pejabat untuk mengelakkan perhatian.

Sumber: Carscoops