Penguat kuasa JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal cuba lari dari sekatan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya di Port Dickson, lapor Sinar Harian.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Turut tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan anggota itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh rakan sepasukan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan JPJ akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berkaitan insiden itu.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…
Berita Domestik
Ia susulan terdapat pegawai yang sanggup ‘menjual’ nyawa rakan setugas demi imbuhan wang daripada…
Berita Domestik
  Menurut sumber, "penahanan suspek itu adalah susulan penahanan dua individu lain sebelum ini…