Penglibatan Sultan Johor meriahkan MBW 2018 - Bakal pamer koleksi kenderaan peribadi

oleh Afandi Che Muhamad|
Kurang sebulan sebelum berlangsung Minggu Permotoran Malaysia 2018 (MBW 2018), Careta difahamkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pun bakal terlibat sama dalam acara berkenaan dengan mempertaruhkan koleksi kenderaan peribadi untuk tatapan pengunjung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi tersebut termasuk motosikal berkuasa tinggi, bas dan trak diraja milik pemerintah berkenaan.

Memetik laporan New Straits Times kelmarin, kesemua kenderaan terbabit bakal menjadi tumpuan utama pengunjung ketika acara tersebut berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, Selangor pada 23 hingga 25 Mac depan.

Dikhabarkan, lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka hadir bagi memeriahkan acara itu nanti.

Penyertaan Sultan Ibrahim itu merupakan inisiatif yang wajar diteladani pemimpin lain kerana ia terbukti efisien dalam mengeratkan hubungan dengan rakyat marhaen.

Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab. Rauf Yusof (gambar) berkata, baginda akan turun padang dan bergaul mesra bersama rakyat bagi menjayakan program berkenaan.

"Sultan Ibrahim boleh dianggap sebagai ikon utama program berkenaan. Adalah menjadi satu kegembiraan bagi kami apabila Baginda berkenan untuk berkongsi keghairahannya dalam pemotoran dengan rakyat.

"Selain dilihat sebagai platform perhimpunan peminat pemotoran, acara itu turut memiliki kelebihan lain antaranya ia mampu mendidik masyarakat tentang penyelenggaraan motosikal," katanya.

Tambah Rauf, tarikan acara itu tidak hanya terletak pada Sultan Ibrahim semata-mata bahkan lebih kepada hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan untuk menjadi milik pengunjung berupa 40 unit motosikal Yamaha Y15ZR.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…
Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…