Pengkalan operasi pasukan F1 mudah alih ini ambil masa 32 jam untuk siap!

oleh Mohamad Hanif|
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Aston Martin Red Bull Racing dan Scuderia Toro Rosso telah memperkenalkan Energy Station - sebuah pengkalan operasi bersama bagi memuatkan kru pasukan untuk perlumbaan Spanish GP akan datang. 

Pengkalan operasi ini diperbuat daripada kayu khas daripada sumber negara Austria, dengan keluasan 1,221 meter persegi dan mempunyai dimensi 32 meter panjang, 14 meter lebar dan 11 meter tinggi. 
 


Menurut Red Bull, fasiliti ini mampu dipasang siap selama 32 jam tanpa henti dan struktur unik ini membolehkan ia dibuka kembali apabila musim perlumbaan tamat. 

Rekaan konveksi semula jadi binaan ini memudahkan aliran udara keluar masuk dan mampu mengelakkan penggunaan pendingin hawa, sekaligus menjimatkan tenaga. 
 


Dari segi kelengkapan pula, fasiliti Energy Station ini mempunyai kira-kira 60 buah televisyen, sistem pendawaian sepanjang 32 meter dan karpet rumput seluas 211 meter persegi. 

Manakala setiap kali perlumbaan di hujung minggu, kapasiti dapur mampu menghasilkan kira-kira 100 kg pasta, 120 kg lauk ikan dan 180 kg lauk berasaskan daging untuk keperluan kru.
 


Selepas perlumbaan di Spanish GP, Energy Station ini akan 'dirobohkan' dan didirikan semula di Monaco di atas tapak sebuah bot besar. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…
Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…