Penghargaan buat pemandu teksi jujur

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kejujuran seorang pemandu teksi, Zamrod Bin Adam yang memulangkan dompet kepunyaan seorang penumpang wanita yang merupakan Ketua Eksekutif Penang Women’s Development Corporation (PWDC), Ong Bee Leng yang tertinggal di dalam teksinya telah dirai oleh Kumpulan Naza World. [caption id="attachment_27501" align="aligncenter" width="620"] Ong Bee Leng (kanan) dan Zamrod Bin Adam (tengah Ong Bee Leng (kanan) dan Zamrod Bin Adam (tengah).[/caption] Kejujuran Zamrod ini telah diberi penghargaan oleh Kumpulan Naza World dengan memberi bantuan pendidikan kepada dua orang anaknya. Athirah Binti Zamrod, 21 tahun yang kini sedang belajar di Universiti Teknologi MARA (UITM) Sarawak dan Muhammad Zain Bin Zamrod, 17 tahun yang masih menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [gallery columns="2" size="large" ids="27502,27503"] Mereka akan menerima sumbangan RM500 setiap bulan selama tiga tahun, dan Naza berharap agar dengan sumbangan itu, dapat meringankan beban Zamrod untuk memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak beliau. "Sudah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memulangkan hak orang lain. Ini sepatutnya mejadi prinsip utama moral setiap orang” ujar Zamrod. Dalam pada masa yang sama, Zamrod juga telah membantu untuk meningkatkan imej pemandu teksi negara.