PENGHANTARAN MENGGUNAKAN DRON DI MALAYSIA BAKAL JADI KENYATAAN?

oleh Firdaus Razani|
Menurut perkongsian Vulcan Post baru-baru ini, syarikat teknologi dron Malaysia, Aerodyne Group telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat infrastruktur mobiliti udara di Singapura, iaitu DroneDash.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui perjanjian itu, terdapat inisiatif yang akan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran dron rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Tambahan itu, dengan memanfaatkan teknologi khusus kedua-dua syarikat, penghantaran sedemikian akan meningkatkan kecekapan logistik di kedua-dua negara.

Ia seterusnya akan memajukan keupayaan penghantaran dan rantaian bekalan dalam rantau ini.

aerodyne

Menurut laporan, Aerodyne dan DroneDash kini sedang berusaha untuk mengemudi rangka kerja bagi mendapatkan permit yang diperlukan untuk operasi dron di sepanjang sempadan Malaysia-Singapura.

Sebagai permulaan, inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada mewujudkan laluan penghantaran dari Singapura ke Johor Bahru dan Iskandar Malaysia.

Fasa tersebut menetapkan asas untuk pengembangan masa depan di seluruh Malaysia, dengan operasi komersial dijangka bermula pada suku ketiga 2024.

 

aerodyne

 

Dron tersebut dikatakan mampu membawa beban sehingga 30kg dan mencapai kelajuan sehingga 150km/j dalam tempoh penerbangan empat jam.

Tambahan pula, penghantaran dron amat membantu dalam mencapai kawasan terpencil di mana pengangkutan udara dan laut yang tidak dapat diakses.

Secara amnya, perkhidmatan itu diwujudkan untuk melakukan penghantaran kritikal seperti dokumen segera, elektronik bernilai tinggi, bekalan perubatan dan makanan mudah rosak.

Walaubagaimanapun, penyelesaian itu tetap akan menyediakan penjejakan masa nyata, protokol keselamatan lanjutan termasuk penyulitan 256-bit, dan teknologi blockchain untuk pengawasan logistik.

 

aerodyne

 

COO Malaysia Aerodyne, Mudzakkir Hatta berkata, “Dengan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) baru-baru ini, kami berbangga dapat memainkan peranan dalam mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua wilayah,”

Kami berharap untuk menerokai negeri Johor dengan peningkatan penghantaran ke bahagian lain di Malaysia, menjalin kerjasama perdagangan yang telah lama terjalin dengan kedua-dua negara rakan kongsi.”katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif DroneDash, Paul Yam mengulas, penggunaan teknologi dron berpeluang untuk memperoleh peningkatan peratusan dua angka dalam produktiviti dan kos keseluruhan.

"Penghantaran dron juga bermanfaat untuk alam sekitar dengan pelepasan dan jejak karbon dikurangkan masing-masing sehingga 100 peratus dan 80 peratus.” katanya.

 

SUMBER : VulcanPost

Berita Berkenaan

Informasi
Drone turut digunakan dalam industri kewartawanan, mencari dan menyelamat, tindak balas bencana,…
Berita Global
Paten itu menerangkan dron itu boleh dicaj dan disimpan di dalam ruang but kenderaan itu bila tidak…
Berita Domestik
"Data yang dikumpulkan oleh drone akan dianalisa menggunakan kecerdasan buatan (artificial…